HMS Vanguard (23)
HMS Vanguard (23)

HMS Vanguard (23)

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Vanguard.HMS Vanguard adalah kapal tempur laju British yang dibina semasa Perang Dunia II dan ditauliahkan selepas perang tamat. Ia merupakan kapal tempur terbesar dan terpantas Royal Navy,[3] satu-satunya kapal dari kelasnya, dan kapal tempur terakhir yang pernah dibina oleh Royal Navy (RN).Pihak RN menjangkakan jumlah yang lebih tinggi oleh gabungan kapal tempur Jerman dan Jepun pada awal tahun 1940an, dan kerana itu mula membina kapal tempur kelas Lion. Namun, pembinaan tiga turet meriam 16-inci bagi kelas Lion akan melewatkan penyiapan sehingga tahun 1943. British mempunyai cukup meriam 15-inci (381 mm) dan turet dalam simpanan untuk membolehkan sebuah kapal reka bentuk kelas Lion diubahsuai dengan empat turet dwi meriam 15-inci dipersiapkan lebih cepat daripada kapal kelas Lion yang telahpun dipasang lunasnya.Kerja-kerja Vanguard telah dimulakan dan berhenti beberapa kali semasa peperangan, dan reka bentuknya disemak beberapa kali sewaktu pembinaannya mengikut pengalaman perang. Penghentian dan perubahan ini menghalangnya daripada siap sebelum perang berakhir.Tugas pertama Vanguard selepas menyelesaikan ujian lautnya pada hujung tahun 1946 adalah, pada awal tahun berikutnya, untuk membawa Raja George VI dan keluarganya dalam Jelajah Diraja pertama ke Afrika Selatan oleh seorang raja yang memerintah.[4] Ketika sedang dalam pembaikkan selepas kembali, ia terpilih sekali lagi untuk Jelajah Diraja Australia dan New Zealand pada tahun 1948. Lawatan ini dibatalkan kerana kesihatan Raja George merosot dan Vanguard secara singkat menjadi kapal pemerintah Armada Mediterranean pada awal tahun 1949. Selepas ia kembali pulang pada pertengahan 1949, ia menjadi kapal pemerintah Skuadron Latihan Armada Utama. Disepanjang kerjayanya, kapal tempur biasanya berfungsi sebagai kapal pemerintah mana-mana unit yang ditugaskannya. Semasa awal tahun 1950an, Vanguard terlibat dalam beberapa eksesais latihan bersama tentera NATO. Pada tahun 1953 ia mengambil bahagian dalam Upacara Pertabalan Ratu Elizabeth II. Ketika ia sedang dibaik pulih pada tahun 1955, pihak Admiralti mengumumkan bahawa kapal itu akan dipindahkan ke simpanan selepas kerja baik pulih selesai. Vanguard telah dijual untuk sekerap dan telah dipecahkan bermula tahun 1960.

Rujukan

WikiPedia: HMS Vanguard (23) http://www.defencemanagement.com/article.asp?id=20... http://www.maritimequest.com/warship_directory/gre... http://www.time.com/time/specials/packages/article... http://www.rna-10-area.net/files/VanguardOct07.pdf http://www.maritime.org/doc/br224/index.htm //www.worldcat.org/issn/0043-0374 http://queensjewelvault.blogspot.co.uk/2013/03/the... http://www.hms-vanguard.co.uk/ https://cdnc.ucr.edu/?a=d&d=SBS19450917.1.2&e=----... https://web.archive.org/web/20110724042028/http://...